Bergaul dengan baik merupakan
bersikap baik kepada orang lain, sikap ini memerlukan seorang Muslim
yang
memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang mampu memiliki sikap bergaul dengan
baik terhadap orang lain, bererti ia merupakan orang yang sabar, lembut, murah
hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan
diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat tersebut dan juga
sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau telah
menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan dalam
memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara maranya dan
juga seluruh umat Islam dengan baik.
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w. adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w. adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
- Setiap Rasulullah s.a.w.
berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan
genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan
genggaman tangannya terlebih dahulu.
- Pada suatu waktu, ada seorang
hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia
memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan
peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya
perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia
mendapatkan apa yang diinginkan.
- Setiap ada seseorang yang
mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan
mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi
terlebih dahulu.
- Rasulullah s.a.w. tidak pernah
memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas.
Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara
memlarang mereka atau dengan berdiri.
- Setiap baginda Rasulullah
s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk
mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh
persaudaraan.
- Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.
Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang
terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu memuliakan setiap orang yang datang
untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang Beliau membentangkan rida’
untuk para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang
sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau akan
memaksanya sampai mau. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada salah seorang
dari kelompok āl)Bajīlat al-Abt (ia adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al
Bajalī). Datang ke majlis Rasulullah s.a.w. yang penuh sesak oleh para sahabat. Ia
berusaha mencari tempat duduk, namun tidak menemukannya, akhirnya ia duduk di
pintu. Kemudian Rasulullah s.a.w. melipat rida’ Beliau dan melemparkan ke arah
Jarīr dengan berkata: “Duduklah di atas rida’ ini.” Jarīr
mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk akan tetapi ia
tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia kembalikan rida’
tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya tidak akan duduk di
atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga Allah s.w.t memuliakanmu seperti
halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah s.a.w. menoleh ke kiri dan
ke kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di
antara kaumnya, maka muliakanlah dirinya.”
Di antara adab atau akhlak
Rasulullah s.a.w. yang sangat mulia adalah Beliau tidak pernah menjulurkan
kedua kaki Beliau saat sedang duduk bersama para sahabat. Jika ada seseorang
yang berbisik kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan atau menjauhkan
kepala Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan kepalanya dari
Beliau. Beliau juga selalu memberi nasihat agar selalu menjaga sikap lemah
lembut. Nabi bersabda:
إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي
شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya sifat
lemah lembut tidak terdapat pada sesuatu kecuali akan menjadikannya baik dan
indah. Dan sifat lemah lembut tidak akan dihilangkan dari sesuatu kecuali ia
akan menjadi jelek.”
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dengan judul Bergaul Dengan Baik. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://multimedianotesell.blogspot.com/2015/05/bergaul-dengan-baik.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - Jumat, 22 Mei 2015
Belum ada komentar untuk "Bergaul Dengan Baik"
Posting Komentar